? ??????????????Friends Make It Ok? ????? ?? ???Rating: 4.5 (12 Ratings)??1438 Grabs Today. 13179 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Butterfly Notes? ????? ?? ???Rating: 4.6 (7 Ratings)??1428 Grabs Today. 14011 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?
Powered By Blogger

Jumaat, 5 Mac 2010

SMKCT




Dalam menyaingi arus globalisasi yang terlalu pantas,kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah digerakkan daripada sikap buta IT kepada celik IT.Saya mengenali jalur lebar semasa di darjah enam. Jalur lebar telah banyak mengubah hidup saya setelah saya mengenalinya.Terima kasih kepada kakak saya,Anis Syazana binti Jamaludin,kini saya telah mengenali jalur lebar.
Jikalau dahulu saya harus menulis surat kepada sahabat saya yang berada jauh dari tempat saya,sekarang saya hanya perlu menghantar 'e-mail' yang cepat lagi mudah dengan menggunakan jalur lebar.

Pada masa lapang,saya akan menggunakan jalur lebar untuk melayari laman sosial yang juga dapat disertai oleh semua orang tanpa mengira umur.
Selain itu juga,saya menggunakan jalur lebar untuk mencari maklumat tentang tempat yang menarik untuk dijadikan destinasi percutian saya dan keluarga. Antara tempat-tempat menarik yang telah saya pergi setelah mendapatkan maklumat dari jalur lebar adalah Pulau Pangkor,Pulau Perhentian dan Rantau Abang.Saya berasa sangat seronok kerana ciri-ciri yang dinyatakan sama seperti yang saya peroleh di tempat percutian tersebut.
Kesimpulannya,jalur lebar banyak mengubah hidup saya. Jika dahulu saya susah untuk menghantar surat kepada sahabat saya kini saya hanya perlu menghantar 'e-mail'. Dahulu saya tidak mengenali tempat-tempat percutian,tetapi sekarang saya telah mengenali banyak tempat percutianyang boleh saya pergi. Setiap maklumat yang saya perlukan,saya hanya perlu menaipnya sahaja.Akhir kata,terima kasih jalur lebar kerana telah menyenangkan hidup saya.

http://www.bharian.com.my/


0 ulasan: